Dunia Keusahawanan dari Perspektif WNM

Home/Ceramah Bisnes, Personal, Quotes, Uncategorized/Dunia Keusahawanan dari Perspektif WNM

Dunia Keusahawanan dari Perspektif WNM

Please follow and like us:

Dear Brothers & Sisters

Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai dunia keusahawanan dari perspektif saya.

Kalau kita lihat sebelum tahun 2000, dunia keusahawanan orang kita ni sangat sepi dan kurang. Biasalah kalau cakap saja bab bisnes, bangsa pertama yang dipikirkan adalah bangsa cina. Kalau nak kata orang melayu berniaga memang ada tapi taklah ramai mana. Kalau banyak pun adalah mereka yang berniaga kecil-kecilan yang mana kebanyakannya tertumpu pada pejualan makanan. Masa tu rata-rata orang kita ni samada makan gaji dengan koporat ataupun dengan gomen.

Kemudian dengan adanya majalah seperti Mingguan Wanita dan majalah yang seangkatan dengannya maka bermulalah bisnes produk-produk wanita yang rata-ratanya semua meletop. Kerana sebelum ini tidak banyak produk yang mengfokuskan kepada pasaran melayu berpendatan serdehana. Generasi awal seperti Sendayu Tinggi, Leesa Formula dan D’Navechee menjadi bukti bahawa produk lokal pun boleh buat founder & agen-agennya berjaya. Ini kerana mereka paham psikologi pemikiran orang melayu.

Maka pada awal tahun 2000 muncul pula dunia media sosial yang memudahkan sesiapa sahaja melihat apa kawan atau sahabat mereka lakukan. Informasi mudah untuk dikongsi kepada orang ramai.

Di era ini juga muncullah pelbagai personaliti di dunia digital yang memperdagangkan diri dengan menyampaikan ilmu kekayaan. Pelbagai program-program atau seminar-seminar yang mengajak orang melayu untuk menjadi kaya. Kebiasaanya kandungan modul latihan meliputi elemen motivasi, keagamaan & networking untuk kaya dan berjaya sedangkan ilmu bisnes yang sebenarnya tidak berapa ditekankan semasa sessi pembelajaran. Pengunaan analogi Nabi mahupun pendekatan Tony Robbins adalah sebahagian dari intipati pengajaran. Memang orang melayu suka bab jiwa-jiwa ni maka tak heranlah kalau beribu-ribu peserta yang berpusu-pusu untuk jiwa dipermainkan dengan harapan untuk menjadi kaya.

Disamping itu, seminar-seminar ini mengunakan usahawan yang tengah meletop atau trending pada masa itu sebagai alat pemasaran untuk menarik lebih ramai pembeli atau agen. Siap boleh mengaku itu anak didik mereka lagi padahal baru jumpa atau mereka membayar yuran tertentu utk naik pentas untuk berkongsi kejayaan. Mungkin ada yg memang berjaya tapi rata-rata mengunakan pentas untuk melariskan jualan mereka.

Dari program-program sebegini juga lahirlah pakar-pakar motivasi dan keusahawanan yang mengunakan gelaran Sifu ini Sifu itu sebagai bukti kepakaran mereka. Maka orang melayu kita yang mudah dipengaruhi dengan gelaran, sekali lagi berpusu-pusu untuk memastikan jiwa mereka dibelai dengan ilmu bisnes yang kadang-kadang tak terlalu bisnes pun. Biarlah beribu-ribu wang dihabiskan membayar yuran, yang penting bila orang tanya bisnes camne, jawapannya ok jer pasal dah pergi kelas hari tu. Yang pelik sebulan lepas tu dari berniaga produk A dah tukar produk B pasal sale merudum.

Oleh itu tujuan saya menulis ni bukan apa sangat tapi saya rasakan ini tanggungjawab saya kerana ramai usahawan yang saya temui menghabiskan beribu-ribu kepada personaliti bisnes atau konon-konon bisnes sedangkan bisnes anda tak kemana ataupun stuck. Sayanglah duit bisnes tu, pasal itu OPEX anda atau CAPEX anda. Bagi yang tak faham apa itu OPEX atau CAPEX sedangkan kelas bisnes dah pergi, ini maksudnya anda memang tidak berapa memahami bisnes sebenarnya pasal dua perkataan ini adalah perkataan yang paling asas kita kena paham dalam dunia bisnes sebelum start pun bisnes (Sila Google).

Lastly ingatlah bahawa ilmu sales dan ilmu branding diri memang best tapi kalau pengurusan pun tak kemas dan elemen kewangan dalam perniagaan pun tak faham, itu petanda awal yang anda mungkin akan menghadapi kesukaran tidak lama lagi.

Yang peliknya setelah saya mengarang panjang lebar berkonsgi cerita bangsa, kaum yang lagi satu tu tetap steady ajer buat bisnes sungguhun tak pergi pun kelas bisnes, kelas upsell, kelas premium, kelas advance, kelas kat pulau, kelas atas bukit, kelas online, kelas gold, kelas platinum, kelas titanium….hmm berapa banya kelas daa.

By | 2017-12-14T08:54:30+00:00 December 14th, 2017|Categories: Ceramah Bisnes, Personal, Quotes, Uncategorized|0 Comments

Leave A Comment