Senario Busines Dulu dan Sekarang

Home/Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes/Senario Busines Dulu dan Sekarang

Senario Busines Dulu dan Sekarang

Please follow and like us:

Dear Brothers & Sisters

Agak lama saya tak berkarya berkongsi secara panjang lebar mengenai dunia bisnes, so hari ni saya nak bercerita sedikit melalui pengalaman saya mengenai apakah yang dimaksudkan dengan bisnes dari perspektif WNM

Saya merupakan seorang usahawan yang lahir disebabkan keadaan memaksa saya melakukannya untuk survive. Memang masa tu dah takde jalan lain kecuali melakukan apa sahaja (yg penting halal) untuk memastikan hutang dibayar dan membantu isteri untuk menangung kos menyara keluarga kami yang masih dikira muda pada masa itu.

Pada ketika itu kelajuan internet pun masih lagi slow mengalahkan siput, Kelajuan pada masa itu hanyalah 56kbps (kilo bit per second) berbanding sekarang yang mana kelajuannya bermega-mega bit, kira macam basikal dengan kereta porsche tengah berlumba.

So ketika itu perniagaan usahawan kecil dan sederhana masih lagi berasaskan pendekatan fizikal dan manual. Perkataan seperti usahawan internet pun belum dicipta lagi di Malaysia .

So kalau diperhatikan, kebanyakan usahawan pada masa tersebut datangnya dari bangsa selain dari orang melayu kita. Kalau ada pun usahawan melayu,, rata-ratanya terlibat dalam beberapa sektor yang tertentu iaitu:
1) Bisnes berasaskan makan; gerai, restoran, katering, jajan tradisional dll
2) Bisnes projek kerajaan; kontraktor kelas A hingga F, supplier bahan, dll
3) Bisnes berasakan Kilang OEM: Produk kecantikan dan kesihatan yang dijual melalui stokis & agen

Kalau setakat kedai-kedai selain dari apa yang saya sebut tadi tu boleh bilang dengan jari berapa sebenarnya milik orang melayu di setiap pekan atau kawasan perumahan.

Oleh itu apa bezanya senario bisnes dulu dan sekarang?

Kalau nak kira sekarang …. setiap 10 orang yang saya jumpa boleh jadi 2-3 orang akan cakap mereka usahawan tapi usahawan online lah.

Memang baguslah kalau sekarang dah nampak perubahannya yang agak ketara tetapi pada saya hakikatnya senario perniagaan di Malaysia secara keseluruhan pada saya masih tetap sama.

Mungkin ada penambahan satu lagi bisnes yang dipelopori orang kita iaitu bisnes fesyen. Ini agak jelas jika kita tengok kat Bangi yang mana ianya menjadi syurga untuk fesyen muslimah. Bagaimanapun jika dilihat sejak akhir-akhir ini kedai-kedai tersebut yang tumbuh macam cendawan tetiba dah jadi agak slow jugak. Yang bisnes tutup melebihi dari bisnes yang dibuka.

Tetapi realitinya, sektor lain masih dipegang oleh bangsa selain dari bangsa kita.

Oleh itu kenapa perkara ini berlaku?

Disini saya akan cuba huraikan mengikut fasa-fasa tertentu agar anda memahami realiti yang berlaku didunia keusahawanan kita….

1) Fasa Kelahiran Abang Mark & Rakan-Rakan

Apabila dunia FB dan insta diperkenalkan, begitu ramai dari kita mula join kerana ingin berkongsi pengalaman atau info terkini kepada keluarga dan rakan-rakan kita. Dari dunia media sosial juga kita mula sedar bertapa mudahnya menambahkan rakan-rakan baru hanya dengan semudah satu klik…iaitu butang add friend atau follow ajer.

Secara tak langung kita sudah mula menambahkan komuniti baru yang berkongsi minat seperti kita.

2) Fasa Saya Pun Nak Jugak

Dari menambahkan rakan-rakan di alam media sosial, ada beberapa golongan yang sedar bahawa media sosial merupakan sebuah lubuk emas untuk melakukan perniagaan pada kos yang agak rendah. Apa taknya, dari berbelanja berpuluh hingga beratus ribu untuk mengiklan, kini dengan hanya bermodal tak sampai RM50 pun kita dah boleh guna FB Ads untuk menjual.

Pejam celik pejam celik tetiba ramai yang nak berniaga secara online kerana ianya terlalu mudah disebabkan modal permulaan yang agak rendah disamping pelbagai bisnes model (contohnya dropship & affiliate diperkenalkan untuk memudahkan untuk sesiapa berniaga .

3) Fasa Tiru Macam Saya

Apabila lahirnya jutawan-jutawan internet tidak lama kemudian, mereka dijulang bagaikan selebriti oleh para pengikut mereka. Tetiba ramai pekerja yang makan gaji dah mula nak cari income extra dengan berniaga online dan ada juga siap berhenti kerja semata-mata ingin mengejar kekayaaan yang dijanjikan oleh dunia digital sedangkan pengalaman dalam dunia bisnes masih lagi pada tahap Zero.

Menyedari wujudnya permintaan terhadap ilmu perniagaan, maka mula lahirlah Abam-Abam pakar atau sifu yang mula menjanjikan kekayaan yang berjuta-juta dalam sekelip mata dengan hanya perlu membayar suatu nilai yang tak masuk akal demi mengejar impian yang belum pasti.

4) Fasa Tikam Selagi Boleh

Memandangkan bangsa kita meliputi majoriti penduduk yang berpendapatan sederhana dan sederhana rendah maka merekalah menjadi target paling mudah untuk dipengaruhi oleh abam sifu dan pakar tersebut. Dengan tiada perasan serba salah mereka mula menyebarkan ilmu perniagaan yang tidak lengkap kerana apa yang diajar hanyalah cara-cara untuk buat sales tanpa mengambil kira kemampuan usahawan dari segi kewangan mahupun pengetahuan asas mengurus bisnes.
Ini dikeruhkan lagi dengan pakar-pakar jiwa atau motivasi yang juga mengenakan yuran tak masuk akal kerana mereka menjanjikan shortcut untuk kaya dan berjaya. Ada juga yang konon-konon mengajar bisnes tapi hakikatnya mereka hanya mengajar bab jiwa aje.

Lagi menyedihkan para usahawan newbie dibrainwash untuk bergantung kepada guru-guru mereka sedangkan seorang guru perlulah melatih anak murid untuk jadi lebih matang dan berdikari didalam dunia perniagaan. Ini kerana dengan menjadikan newbie tersebut tak independent maka mudahlah nak upsell kelas seterusnya. Inilah ilmu barat yang dipelajari oleh guru-guru disini untuk mengeskploitasikan anak murid mereka.

Memang ilmu tidaklah salah tetapi ramai usahawan masih tidak berapa memahami dunia realiti bisnes dan apakah ilmu asas yang diperlukan untuk memulakan perjalanan sebagai usahawan. Apa yang diajar adalah buat jer produk dan apabila dah siap bagaimana nak jual, jual dan jual.

Lagi sengal pulak ada yang mengunakan agama sebagai kaedah untuk menarik minat untuk bakal usahawan belajar atau melabur dengan mereka tetapi apa yang dijanjikan hanyalah janji tinggal janji.

5) Fasa Saya Masih ‘Stuck’

Apabila makin ramai newbie bisnes yang inginkan pendapatan sampingan secara part-time & full-time, maka kepadatan pasaran dapat dirasakan. Nak-nak pulak untuk berjinak dalam dunia perniagaan digital tidaklah mahal mana berbanding zaman saya yang mana media sosial masih belum wujud masa tu.

Kalau nak diperhatikan memang hebat senario para usahawan kita sekarang kerana makin ramai yang berani untuk berniaga bagi mengecapi impian menjadi kaya raya. Tetapi berapa ramai yang betul-betul berjaya?

Rata-rata usahawan yang saya jumpa kebanyakannya masih lagi jenis usahawan ikut trend dan bukan usahawan yang ingin membina suatu perniagaan yang berkonsepkan berlegasi. Bulan ni berniaga produk A dan lagi beberapa bulan berniaga produk B.Tak sampai setahun, dah lebih 5 ke 6 produk yang dijual dengan setiap produk membawa jenama yang berlainan.

Bila perkara ini berlaku apa yang kita lihat adalah tahap pendapatan usahawan tersebut tetap sama dan setiap kali mereka menukar produk kena bermula kembali di garis permulaan.

Lebih menyedihkan para sifu-sifu bukannya membantu keadaan tetapi memberi nasihat bisnes yang memberatkan kepentingan mereka seperti menasihati newbie mengambil pula produk yang mereka jual atas alasan produk mereka sure meletop di pasaran. Tetapi bila newbie tak dapat buat sale maka newbie dipersalahkan kerana tak cukup ilmu dan perlu melabur wang lagi kepada sifu tersebut untuk mendapatkan ilmu jualan yang konon-kononnya akan mampu menghasikan jualan yang diimpikan. Apabila tiada perubahan positif berlaku maka sifu hilang dan usahawan newbie akan ‘stuck’ untuk menanggung kerugian yang tidak terhingga.

Kesimpulannya

Bagi yang berminat untuk berniaga, memang saya amat galakkan anda untuk menceburi dunia keusahawanan tetapi jangan terlalu terburu-buru untuk nak kaya. Kerana apa yang anda selalu saksikan pada posting-posting media sosial seperti gaya hidup yang penuh kemewahan bukan semestinya semua realiti. Kerana macam anda, usahawan-usahawan tersebut masih memerlukan anda untuk melariskan jualan mereka.

Maka cara paling mudah untuk menarik anda menjadi juru jual mereka adalah dengan mencipta suatu dunia fantasi yang serba mewah untuk mengaburkan mata anda.

Saya berkongsi hari ini adalah kerana selain dari tugas saya sebagai peniaga, saya juga bertugas sebagai konsultan untuk menyelesaikan permasalahan usahawan yang rata-rata kalau jumpa ceritnya adalah mereka terpedaya dengan dongengan dunia perniagaan yang menjanjikan kemewahan secara express. Lagi menakutkan ialah apabila mendengar ilmu yang dipelajari oleh mereka yang tidak mengenal konsep ‘right & wrong’, yang penting boleh kaut keuntungan.

Oleh itu untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada bisnes anda maka elemen yang paling utama yang perlu anda ingat adalah janganlah sekali-kali membiarkan wang menguasai anda. Kerana apabila perkara ini berlaku, anda tidak akan mampu menjadi rasional untuk melihat kebenaran yang sepatutnya.

Biarlah perjalanan yang anda pilih agak jauh dan lambat untuk sampai ke destinasinya, tapi yang penting perjalanan tersebut adalah perjalanan yang tidak menyusahkan persekitaran anda dan paling penting ianya datang dari keikhlasan diri anda untuk melakukan suatu yang mampu membantu persekitaran tersebut.

Ikhlas

WNM

By | 2018-02-08T03:19:23+00:00 February 8th, 2018|Categories: Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes|Comments Off on Senario Busines Dulu dan Sekarang