Apakah Yang Diperlukan Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Home/Bisnes Online, Quotes, Tips Bisnes/Apakah Yang Diperlukan Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Apakah Yang Diperlukan Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters

Apakah yang diperlukan untuk menjadi usahawan berjaya?

Apa yang saya ingin kongsikan adalah dari pengalaman saya dengan penuh keikhlasan.

Topik ini saya pilih kerana terlalu ramai yang bertanya kepada saya apa rahsianya?

Realitinya ramai usahawan masih lagi tiada mentaliti “urgency”. Dalam erti kata lain terlalu dalam gear 2 dan 3 sedangkan kita sepatutnya sentiasa konsisten kepada gear 4 dan 5.

Jika dikaitkan dengan prinsip yang saya berpegang, maksudnya adalah setiap satu oppurtuniti hidup tidak kira apa jenis pun samada bisnes atau tidak, kita perlu kasi 200% komitmen untuk melakukannya. Ramai masih slow n steady kerana mungkin anda tidak pernah terjatuh dan tersungkur teruk dalam bisnes.

Bukan saya nak minta anda jatuh atau anda suka2 nak try jatuh tapi bila anda telah kehilangan segalanya maka setiap suatu oppurtuniti yang anda dapat adalah rezeki yang perlu dimaksimakan dengan penuh komitmen kerana anda tidak akan tahu bila oppurtuniti tersebut akan datang lagi atau akan ditarik balik oleh yang maha esa.

Trust me bila saya cakap…bila saya kehilangan segalanya pada masa muda, setiap oppurtuniti yang datang selepas itu saya akan grab dengan ketat dan beri my best effort….biarlah imbuhan tak seberapa.

Yang penting selain dari rezeki ianya juga ibadah saya.. Tetapi ramai yang saya perhatikan terlalu worry pasal perkara remeh atau tak paham maksud kesabaran..contohnya;

1) Kerja banyak sangatlah sedangkan itulah yang orang lain yang menganggur duk berusaha nak dapat…tapi kita bab kerja terlalu memilih dan kalau buat kerja lebih sikit akan mula kedengaran itu bukan job spec saya.

2) Pesaing duk kacau market padahal apabila orang masuk market kita itu bermaksud apa yang kita niagakan mesti betul, kalau tak takkan ada orang nak tiru. Yang penting effort kita perlu above n beyond agar kita dapat maintain kedudukuan kita di pasaran.

3) Kalau buat sesuatu nak untung cepat….kaya cepat….glamer cepat. Hakikatnya tiada sesuatu yang mudah…kalau tak semua orang dah KAYA & BERJAYA.
Displin berniaga tiada kerana yang ada hanyalah displin cepat nak jadi jutawan.

Oleh itu pahamkanlah bahawa sifat “urgency” perlu ada pada semua usahawan kerana baru kita boleh melaksanakan pelbagai perkara untuk maju kedepan.

Lagi satu bab ajal perlulah kita terima dengan hati terbuka kerana apabile kita betul2 paham bahawa nyawa kita boleh dicabut pada bila2 masa maka kita tidak akan mensia-siakan masa depan keluarga kita.

BISNES TIDAK MUDAH TAPI KITA YANG SELALU BUAT IANYA JADI LAGI SUSAH.

Salam

WNM.

By | 2017-10-19T04:02:19+00:00 October 19th, 2017|Categories: Bisnes Online, Quotes, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment