Apakah Erti Bisnes Yang Sebenarnya

Home/Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes/Apakah Erti Bisnes Yang Sebenarnya

Apakah Erti Bisnes Yang Sebenarnya

Please follow and like us:

Dear Brothers & Sisters

Ramai nak jadi usahawan tapi ramai juga tak faham apakah erti bisnes yang sebenarnya. Nak buat bisnes pasal motifnya simple…nak dapat untung supaya boleh jadi ‘KAYA’. Memang tak salah kalau nak KAYA dan BERJAYA tapi realitinya usahawan kita agak jauh dari segi mentaliti berbisnes berbanding dengan bangsa nombor 2 majoriti di Malaysia ni.

Apa yang saya perhatikan memang agak kesian pun ada dan marah pun ada. Apa taknya, pasal mentaliti orang kita ni terlalu sibuk nak jadi bisnesman atau bisneswoman yang power dengan gaya mengalahkan koporat (Dalam erti kata dressing ajer) padahal koporat bukanlah gaya tapi kaedah kerja yang sistematik dan professional. Kalau nak kira masa zaman koporat saya dulu (adalah lebih kurang 13 tahun) boleh bilang berapa kali pakai tie dan suit. Yang penting ialah qualiti kerja yang dihasilkan.

Trend keusahawanan yang menjadi-jadi dengan ideologi barat dari segi ilmu Human Resource & Human Behaviour bukan membuatkan usahawan menjadi lebih cekap menguruskan bisnes tapi saya rasa buat mereka lebih confuse adalah. Pada saya kita semua manusia, ada yang ok bab ni dan ada yang ok bab tu. Yang penting sebagai ketua kita perlulah bersikap adil dan “Lead by Example”. Memang kita takkan tahu niat staf kita tapi pada saya yang penting keikhlasan kita dan doa adalah cukup untuk menjadi pemimpin yang dihormati. End of the the day my staff is my family.

Dari segi sistem kerja atau nama glamour “Standard Operating Procedure (SOP)” tidaklah suatu ilmu yang complicated. Yang penting kena faham aliran kerja yang paling logical dan optimum agar mengurangkan pembaziran dari segi sumber wang, tenaga kerja dan masa. Realitinya tidak semua bisnes adalah sama, so kenalah bina SOP yang sesuai untuk enviroment bisnes anda. Jangan duk tabor duit untuk upgrade sistem kerja semata-mata nak nampak professional sedangakan benda-benda basic dalam bisnes seperti elemen kewangan, stock control mahupun pengurusan database yang depan mata tak reti nak jaga.

Pahamkan bahawa bisnes bukanlah suatu yang semudah A,B,C dengan hanya menghadiri program atau seminar sana-sini anda akan dapat menghasilkan pendapatan berjuta-juta. Biasalah kan banyak kelas teknik rahsia langit ke-13 atau jurus naga yang menjanjikan keKAYAan untuk anda dalam masa yang singkat sedangkan ilmu yang diajar dicedok bulat-bulat dari buku atau ajaran seminar orang lain. Lagi best yang mengajar tu rumah and kereta still tak bayar abis dan nak ambil loan pun credit rating kelaut (ASB 1 pun tak penuh pasal tak boleh amik loan ASB).

Ingatlah bahawa buat sales (termasuk FB atau Instagram Ads) ajer tak mencukupi, proses bisnes lebih dari itu. Memang bab sales rata-rata saya perhatikan usahawan kita boleh buat tapi dalam bisnes sales tu hanyalah duit masuk dalam syarikat kita. Persoalanya apakah proses seterusnya untuk ‘SUSTAIN’ dan ‘EXPAND’ bisnes tersebut. Setakat tak abis-abis gebang cerita sales sedangkan pasaran semakin padat dengan pesaing, tak mustahil terkubur jugak bisnes tersebut.

Bisnes melibatkan perancangan yang kemas, biarlah orang kata topik ni boring tapi kalau KPI bulanan minima pun tak tahu macamana nak kasi bisnes grow. Nak buat costing bulanan pun tak reti pasal yang hanya ditekankan adalah camne nak jadi JUTAWAN kan…hmmm.

Oleh itu kepada rakan usahawan janganlah terlalu terikut dengan apa yang berlaku disekeliling anda tanpa anda memahami dulu bisnes anda dan segala komponennya. Biarlah bisnes anda grow agak slow berbanding dengan mereka yang konon-konon kata bisnes mereka power. Just stay fokus kepada objektif bisnes anda. Pahamkan setiap fasa yang perlu anda capai dan berapakah nilai modal untuk mencapai fasa tersebut (termasuk nilai KPI yang perlu dicapai untuk pengumpulan dana tersebut).

Lastly bezakan dianatara emosi (motivasi) dengan bisnes knowledge. Pasal no point semangat mengalahakan orang lain tapi bisnes knowledge still tak betul-betul. Nasihat saya kepada klien saya memang standard bab ni, “The best Motivator is God and Family” pasal kalau bab ni pun tak paham buat apa kita berdoa dengannya dan buat apa kita ada family kalau kita tak reti nak jaga.

Maaf sekiranya penulisan kali ni agak panjang dan a bit rough tapi terlalu banyak yang jumpa saya menceritakan masalah bisnes mereka yang dah terbalik pasal duit dihabiskan macam air untuk memahami ilmu yang tak sepatutnya sedangkan duit tersebut patut dilaburkan kedalam bisnes untuk dijadikan reserve mereka.

Business is logical not emotional

Wasalam

WNM

By | 2017-08-23T07:21:10+00:00 August 23rd, 2017|Categories: Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment