This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Wan Nong Muzafar

Home/Wan Nong Muzafar
Wan Nong Muzafar 2017-06-19T05:47:52+00:00

Wan Nong Muzafar memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Discount House selepas menamatkan pengajiannya di Massey University, New Zealand dalam tahun 1997,  sebagai “money market dealer”. Namun begitu, selepas 3 tahun bertugas, beliau tidak mendapat kepuasan bekerja seperti mana yang diinginkan, lalu mengambil keputusan untuk memulakan khidmat bisnes internet dalam tahun 2001.

Wan Nong Muzafar bersama rakan- rakannya kemudiannya telah menubuhkan Syarikat MYGO Sdn Bhd (Malaysian Gamers Online) yang merupakan syarikat Bumiputera pertama, membekalkan solusi online gaming kepada portal Blue Hyppo milik Telekom. MYGO ketika itu telah berjaya menerima suntikan modal RM500,00 daripada Credit Guarantee Corp selama setahun operasinya.

Beliau kemudiannya menyertai Amir Consults sebagai perunding perniagaan, memberi khidmat rundingan kepada badan- badan korporat, antara lain termasuklah England Optical Group, UEM MARA dan FELDA.

Dalam tahun 2005, Wan Nong Muzafar mendapat tawaran menyertai Kumpulan Media Karangkraf, dan inilah peluang yang dinanti- nantikan oleh beliau yang sememangnya sangat berminat dengan dunia media dan pemasaran. Di Karangkraf Wan Nong Muzafar melakarkan beberapa kejayaan yang signifikan melonjakkan nama Karangkraf ke peringkat yang lebih tinggi.

Antaranya ialah kejayaan menganjurkan International Travel Awards dengan sokongan Tourism Malaysia, yang merupakan acara korporat yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Karangkraf. Di Karangkraf juga, beliau memulakan kempen penerbitan sulung Sinar Harian, yang kini merupakan suratkhabar paling popular di negeri- negeri Pantai Timur. Kempen- kempen pemasaran secara berpakej yang telah diperkenalkan oleh Wan Nong Muzafar semasa di Karangkraf telah memberi hasil apabila nama kumpulan media ini semakin dikenali di peringkat korporat dan juga di kalangan orang awam.

Minat dan semangat yang tinggi untuk memupuk kesedaran di kalangan para usahawan supaya giat mencari ilmu asas pembinaan perniagaan (secara online dan offline) telah membuatkan beliau mengambil langkah menubuhkan ILM Legacy Sdn Bhd dalam tahun 2013. Syarikat ini yang menyediakan khidmat nasihat dan juga ceramah- ceramah perniagaan telah menjadi sebutan di kalangan usahawan tempatan dan telah berjaya menjana keuntungan lebih 6 angka selepas setahun penubuhannya. Porfolio Wan Nong Muzafar kini semakin berkembang dengan kejayaan memberikan khidmat nasihat kepada badan- badan korporat dan agensi kerajaan menentukan hala tujuan perniagaan mereka.