CIMB ASEAN Young Leaders 2017

Home/Artikel, Tips Bisnes/CIMB ASEAN Young Leaders 2017

CIMB ASEAN Young Leaders 2017

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters.

Baru selesai sessi talk saya untuk program CIMB ASEAN Young Leaders 2017. Seperti biasa saya kongsikan pengalaman dan ilmu bisnes untuk memantapkan minda mereka yang datang dari seluruh pelusuk Asean.

Antara 2 perkara kritikal yang saya kongsikan kepada mereka yang mana saya berharap juga akan dapat membantu anda juga untuk lebih kritikal dalam pemikiran anda ketika berniaga adalah:

1) Why this and not that?
Maksudnya dalam menerima ilmu tak kira dalam apa topik sekalipun, anda perlu memahami intipati atau “foundation” ilmu tersebut. Jangan terima bulat-bulat ilmu tersebut kerana tuhan dah beri anda akal untuk menilai ilmu tersebut.

Kerana bila intipati dah difahami maka anda mampu memikirkan pelbagai pendekatan lain untuk memperolehi objektif yang sama. Sebab bila faham maka pendekatan ” Why this and not that” mampu menghasilkan output yang terbaik dalam anda melakukan sesuatu kerana otak anda akan sentiasa mencari alternatif untuk mencapai suatu tahap optimum.

2) How do i add value?
Tak kira samada anda kerja makan gaji atau berbisnes, pastikan mindset anda bukannya nak buat kerja tu macam rutin aje tapi anda perlu set kan dalam minda anda setiap hari bagaimana anda boleh menambahkan nilai kepada tugasan anda.

Kerana kalau setakat nak kerja dan dapat gaji ajer, anda tiada beza dengan majoriti persekitaran anda yang hidup dalam keadaan yang rutin. Selain dari bagaimana anda mengamalkan mindset ‘add value’ pada kehidupan, perniagaan anda juga perlu sentiasa memberi nilai tambah kepada pengguna anda. Kerana faktor ini akan membezakan anda dari pesaing.

Insyaallah videonya akan saya muat naik disocial media tidak lama lagi 👌

#WNM

By | 2017-12-05T09:23:12+00:00 December 5th, 2017|Categories: Artikel, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment