ILM Legacy Sdn Bhd

Home/ILM Legacy Sdn Bhd
ILM Legacy Sdn Bhd 2017-06-19T03:56:07+00:00

ILM Legacy Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam dunia pembangunan keusahawanan melalui kepakaran sebagai penasihat dalam merangka strategi perniagaan merangkumi pelbagai aspek dari bidang penjenamaan, pemasaran, pengurusan operasi dan juga kewangan .

Syarikat ini telah melatih lebih 2,000 usahawan walaupun baru ditubuhkan pada 2015. Latar belakang syarikat ini sebagai pengamal dalam bidang perniagaan membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan dalam kalangan usahawan kecil, sederhana dan korporat juga.

Pendekatan mencari penyelesaian secara praktikal dalam dunia perniagaan online dan offline nyata telah membuktikan ia amat berguna kepada pelanggan bagi mengembangkan perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Terdapat 3 bentuk perkhidmatan utama yang ditawarkan iaitu:

1) Latihan Berperanan sebagai rakan pusat sehenti latihan yang memberi fokus kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta peniaga berskala besar dengan membantu persediaan dari segi perancangan strategi bagi memastikan perniagaan yang dijalankan kekal membangun dan mengandakan keuntungan.

2) Perkhidmatan Nasihat Setiap pelanggan akan dibimbing untuk mendapatkan idea baharu dan inovatif berdasarkan kepada kehendak mereka. Kami akan memastikan kempen pemasaran yang dijalankan tidak kira kempen berteraskan jualan mahupun penjenamaan akan sampai kepada golongan sasaran dalam kita berada di dalam dunia digital dimana maklumat berada di hujung jari.

3) Perkhidmatan perancangan dan pengurusan kewangan Menyediakan pelbagai pendekatan untuk merancang dan menguruskan komponen kewangan perniagaan. Samada pendapatan mahupun perbelanjaan, kami akan memastikan pengurusan kewangan sentiasa kemas agar memudahkan perkembangan ke peringkat yang lebih besar.

HUBUNGI ILM Legacy