Mengapa Bangsa Kita Masih Ketinggalan Dari Segi Ekonomi

Home/Ceramah Bisnes, Quotes, Tips Bisnes, Videos/Mengapa Bangsa Kita Masih Ketinggalan Dari Segi Ekonomi

Mengapa Bangsa Kita Masih Ketinggalan Dari Segi Ekonomi

Please follow and like us:

Dear Brothers & Sisters

Kenapa masih ramai usahawan bangsa kita masih ketinggalan dari segi menguasai ekonomi perniagaan di Malaysia?

Jawapan yang sentiasa saya dengar adalah:
1) Bangsa selain dari bangsa kita tu genetik diaorang memang dah otak bisnes
2) Bangsa selain dari bangsa kita tu bab matematik memang power
3) Bangsa kita ni bab dengki memang kuat so macamana nak maju

Dari segi soalan pula, bangsa kita ni kalau jumpa saya soalan utama yang saya terima adalah:
BISNES APA YANG SAYA PERLU BUAT UNTUK BOLEH BUAT SAYA KAYA.

Terus terang saya katakan realitinya tiada beza antara kita dan mereka, pasal tuhan dah jadikan manusia sama jer.

Oleh itu kenapa masih diantara kita masih ketinggalan, kalau nak kata bangsa kita tak rajin, sebenarnya saya perhatikan memang rajin kerana bab kelas yang melibatkan jiwa dan cara kasi sales power kat FB paling kurang pun auditorium confirm sesak.

So apa lagi masalah bangsa kita pasal kalau kita lihat kat taman rumah kita, hardware store, kedai runcit dan workshop masih lagi milik bangsa selain dari kita tu.

Pada pemerhatian saya, realitinya sebab masalah ini ujud adalah kerana kita kurang mahu melakukan perniagaan yang:
1) Mendatangkan margin yang kecil pasal kena kerja extra kuat untuk mendapatkan volume yang besar.
2) Terlalu rumit pasal ianya mungkin memeningkan otak dan memerlukan masa untuk kita mempelajari suatu yang baru. Ditambahkan lagi kerana ianya memerlukan tahap displin dan kesabaran yang tinggi.
3) Tidak trendy atau ‘In’ kerana terlalu runsing akan dipandang rendah dari segi status oleh masyarakat persekitaran
4) Melibatkan perkongsian dengan mana-mana pihak disebabkan faktor tak percaya bangsa sendiri sedangkan bangsa yang lagi satu amat kukuh pergerakan perniagaanya kerana mampu bergerak secara berkumpulan

Selain dari faktor-faktor yang telah dinyatakan, pada saya faktor yang paling utama adalah keupayaan bangsa kita untuk mengawal emosi dan logik apabila usahawan sudah mula menjana pendapatan.

Dimanakah perginya pendapatan yang dijanakan, adakah ianya:
1) Dilaburkan semula kedalam perniagaan dengan menambahkan stok untuk menghasilkan lebih jualan?
2) Dibelanjakan kepada R&D untuk memantapkan lagi apa yang sedia ada melalui penambahbaikan ?
3) Digunakan untuk pelaburan diluar bidang perniagaan agar simpnanan masa depan terjamin ?
4) Dilaburkan ke perniagaan baru untuk mewujudkan diversifikasi agar tidak bergantung kepada hanya satu sumber aliran pendapatan

Realitinya contoh–contoh yang dinyatakan semuanya adalah praktis perniagaan yang baik cuma persoalnya sejauh mana dan bagaimana ianya boleh dilakukan secara serentak atau berperingkat agar perniagaan tersebut mampu membesar dan bersaing dengan bangsa yang lagi satu. Tetapi soalan sebegini amat jarang diajukan kepada saya dan ini amat menyedihkan.

Mentaliti yang menyalahkan persekitaran atau keadaan yang lebih difokuskan dari segi tenaga dan emosi sedangkan fokus sepatutnya kepada bagaimana perniagaan tersebut perlu diperkemaskan untuk menjadi lebih ‘independent’ dan mampu mencipta ekosistem pasaran sendiri.

Oleh itu sebagai seorang yang minat berniaga, adakah anda sudah bersedia mempelajari dan memahami ilmu perniagaan untuk menjadi seorang usahawan yang mempunyai ‘mental toughness’ disamping berpengetahuan didalam pelbagai komponen bisnes atau anda masih mahu mendefinasikan bisnes sebagai buat sales saja.

Maka pikirkan dengan iklas realiti kehidupan anda sebagai usahawan dan kemana langkah anda seterusnya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah melanggan modul binses online saya iaitu FORMULA 3B.

Bagi usahawan yang ingin menambahkan ilmu praktikal bisnes sila ke link diibawah untuk mendapatkan modul tersebut atau boleh tinggalkan komen “Nak 3B” untuk team saya menghubungi anda secara terus.

http://formulabisnes.wannongmuzafar.com/

By | 2017-09-26T07:41:33+00:00 September 22nd, 2017|Categories: Ceramah Bisnes, Quotes, Tips Bisnes, Videos|0 Comments

Leave A Comment