Objektif Menjadi Usahawan

Home/Bisnes Online, Design, Quotes, Tips Bisnes/Objektif Menjadi Usahawan

Objektif Menjadi Usahawan

Please follow and like us:

Dear Brothers & Sisters

Dalam menjalani kehidupan sebagai usahawan, perkara paling utama ialah memahami apakah tujuan kita berniaga dan apakah landasan yang akan kita ambil untuk mencapai objektif kita sebagai usahawan.

Mungkin dalam perjalanan tersebut kita akan melalui pelbagai rintangan yang menyebabkan kita akan tergelincir sikit dari landasan yang telah kita bina, yang penting kita perlu bangkit dan perbetulkan landasan tersebut.

Adakalanya kita akan rasa keseorangan dan menjalani kehidupan tersebut, tapi yang penting kita kena percaya kepada diri sendiri untuk sampai ke garisan tamat yang kita telah tetapkan.

Mungkin kita rasakan ilmu didada tidak cukup untuk menjalani kehidupan sebagai usahawan, maka kita akan cuba mendapatkan ilmu-ilmu tersebut. Yang penting tuhan dah anugerahkan kita dengan akal maka gunakanlah akal tersebut untuk mencari apa yang perlu untuk membaiki perniagaan anda dan bukan mencari ilmu kerana terpengaruh kepada persekitaran anda.

Selain dari itu jadilah usahawan yang jujur dan bersabar kerana perjalanan yang akan anda lalui mengambil masa untuk sampai ke destinasinya.

Yang penting, anda adalah anda, jangan sekali-kali menjadikan diri selain dari anda semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit tersebut. Kerana jika anda rela menjual nilai diri anda…adakah anda mampu gembira dihari yang mendatang.
P.S: Bersyukur dijemput menjadi speaker untuk TED Talk hujung minggu ini. Gembira kerana perjuangan saya di beri pengiktirafan.

#wnm

By | 2017-11-30T09:14:12+00:00 November 30th, 2017|Categories: Bisnes Online, Design, Quotes, Tips Bisnes|Comments Off on Objektif Menjadi Usahawan