This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian 3)

Home/Artikel/Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian 3)

Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian 3)

Please follow and like us:

Pertama sekali saya ingin memohon maaf pasal lambat nak tulis bahagian 3 ini, sibuk sikit bab kerja. Biasalah work comes first.

Setelah agak lama kais pagi makan pagi and kais petang makan petang, akhirnya hutang masa tu adalah tinggal sekitar 20%. Oklah bolehlah bernafas sikit.

Memang sepanjang masa ni, isteri saya memang betul-betul banyak membantu. I thank you Laelanie N M Hashim. Really lucky to have you as my wife. Sungguhpun hubby you ni masa tu banyak memeningkan kepala you.

Tetapi pada masa yang sama saya rasa macam burnt out jadi nak sertai semula dunia makan gaji sekurang-kurangnya dapat relax sikit. Alhamdulillah masa itu kakak ipar cakap ada kerja kosong di Karangkraf tetapi pangkat eksekutif biasa saja (kira kalau dari segi kasta, tahap paling parialah).

Pada masa hari temuduga, masa tu memang saya perasan saya sudah jadi lain daripada segi perwatakan kerana 3-4 tahun kerja mission impossible. Jadi cara pemikiran memang jenis kena 2 ke 3 langkah ke hadapan berbanding orang lain.

Ini apa yang saya buat semasa sesi temuduga:

Selalunya orang bawa dokumen dan sijil, saya pula bawa business plan (1 keping kertas A4 dengan flow chart tentang bagaimana hendak push jualan majalah). Ini kerana jawatan yang saya minta adalah untuk menjadi eksekutif promosi untuk majalah pelancongan.

Sebelum panel penemuduga tanya banyak-banyak, saya yang bertanya pasal kerja yang saya perlu buat di samping mengenali majalah yang saya perlu promosikan jika saya dapat kerja tersebut.

Memang tak ada keluar jawapan retorik macam saya akan bekerja dengan penuh komitmen atau saya amat rajin dan sebagainya. Pasal kalau kita datang well prepared, saya rasa tukang interview pun tak akan tanya soalan sengal-sengal macam tu.

Selepas temuduga, selang seminggu Karangkraf panggil saya balik untuk temuduga dengan pengurus pemasaran pula (first round dengan editor dan wakil HR).

Dapat sesi tu, seminggu lepas tu CFO pulak panggil untuk temuduga kali ketiga.

Pelik sangat, minta kerja eksekutif tapi temuduga macam pangkat besar. Saya rasa diaorang interview saya sampai 3 kali pasal diaorg pelik kenapa orang berpengalaman macam dan terlebih confident (hehehehe) macam saya nak kerja dengan diaorang.

Alhamdulillah saya diterima bekerja dengan gaji masa tu RM2700 jer (masa kerja bank tahun 90-an gaji lagi besar). Tapi saya tetap bersyukur pasal sekarang hidup saya teratur sikit.

Kesimpulan yang saya boleh beri kepada anda, kaedah ini boleh digunakan semasa temuduga dan mesyuarat (saya gunakan sampai hari ni).

Kesimpulan lain:

1. Kita semua ada jenama tersendiri, maka untuk jadi jenama yang bagus kenalah standout sikit. Tapi yang penting standout biarlah berisi bab ilmu tu. Kalau tak macam tin kosong pula.

2. Selalu research dan siapkan diri sebelum temuduga atau mesyuarat. Belajar tentang syarikat atau orang yang kita nak jumpa jadi senang nak deal pasal you faham background mereka. Sekarang lagi senang FB, LinkedIn, Insta dan Google kan ada. Maklumat ni semua percuma.

3. Yang penting gameplan kena ada jadi kita dah sedia beberapa senario sebelum benda tu terjadi. Kalau tak sedia tu yang terkebil-kebil kalau orang tanya kita soalan lain sikit. Serius nanti nampak macam tak pro and orang pun tak confident dengan kita.

Jadi bermulalah karier saya di Kumpulan Media Karangkraf sebagai eksekutif kasta yang terbawah sekali pada umur kalau tak silap saya 34 tahun. Selama sepuluh tahu di sini pelbagai ilmu saya pelajari. A wonderful place to learn and work. Tapi macam biasa ada juga ups and down nyer.

Bahagian 1

Bahagian 2

By | 2017-06-19T03:57:32+00:00 June 12th, 2017|Categories: Artikel|Comments Off on Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian 3)