This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian Akhir)

Home/Artikel/Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian Akhir)

Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian Akhir)

Please follow and like us:

Setelah berpenat lelah hampir 4 setengah tahun nak elak dari bankrap akhirnya semua dah mula OK semula.

Hutang pun tinggal sikit dan sekarang kerja di Karangkraf pun dapat. Tak kiralah kerja sebagai eksekutif pemasaran biasa, yang penting dapat relax kejap.

Sebenarnya sepanjang bermula kerja makan gaji balik, saya rasa tak letih sangat pun, biasalah dah 4 tahun berperang pagi sampai ke malam jadi sekarang apa-apa kerja boss beri saya OK kan jer. Biasalah tak perlu berjemur tengah panas, kena maki dengan orang tak kenal dan makan pun terjaga.

Kadang-kadang buat kerja laju sangat sampai boss besar tak tahu nak beri kerja apa. Siap cadangkan ambil cuti lagi. Saya rasa mindset seorang usahawan yang survival mode dulu jenis kerja nak cepat terbawa-bawa sampai masa kerja makan gaji ni.

Masa di Karangkraf rezeki saya memang murah, tak sampai setahun kerja dari eksekutif terus naik pangkat jadi pengurus pemasaran yang masa tu kena jaga seramai 30 orang staf dan lebih 20 produk. Sebab saya terpilih pasal masa tahun pertama ada buat satu acara untuk syarikat yang mana dapat income sebanyak RM200,000.

Kalau dunia korporat ni jabatan pemasaran kerjanya buat habis duit tapi masa saya buat event terbalik jadinya, buat duit pula. Biasalah pengalaman masa usahawan membolehkan saya see the big picture untuk merancang strategi untuk buat income. Majoriti income datang daripada penaja korporat daripada venue ke F&B hingga ke pengiklanan. Jadi apabila bos saya dipindahkan, Alhamdulillah, saya diminta ganti tempat dia.

Jadi selama 10 tahun di Karangkraf saya sudah jaga banyak jabatan dari New Media (2005 saya sudah berkecimpung dalam dunia digital), Distribution (uruskan deal agen dan penghantaran produk-produk Karangkraf satu Malaysia) dan akhir sekali bahagian Strategic Planning (Perancangan Strategi) yang mana saya lapor terus kepada Ahli Lembaga Pengarah. Masa buat kerja strategi agak stress kerana semua kerja P&C. Itu yang nak kongsi cerita kerja dengan member pun tak boleh.

Selepas beberapa tahun bekerja, dengan hati gembira akhirnya dapat pergi bank selesaikan hutang terakhir. Happy giler masa dapat surat pelepasan dari bank terakhir. Akhirnya keempat-empat bank saya sudah langsaikan hutang.

Selepas setahun saya pun pergi ke bank fikir nak ambil pinjaman ASB pasal nak fokus kepada saving tapi kena reject. Laaa rupanya dulu saya pernah jadi penjamin kawan dan dia masih tak settle (ni cerita zaman 90-an lagi). Stress giler dibuatnya. Ada juga setahun nak kejar dia and langsaikan hutang.

Tapi satu benda yang saya ingat memang tak pernah marah atau maki dia. All i did was everytime mesej dia cara baik minta bayarkan dan Alhamdulillah dia pun akhirnya selesaikan. Pada masa itu rasa freedom habis setelah 10tahun. Saya dah tak di-blacklist lagi… syukur.

Boleh nak kata lepas tu hidup lebih teratur. Tapi tak sangka saya akan join balik dunia keusahawanan pasal pada masa tu minda saya dah fikir nak bersara jer di Karangkraf. Dipendekkan cerita antara kerja saya adalah untuk restructure companies yang Karangkraf ambil alih.

Salah satu syarikat adalah syarikat training. Macam biasa saya buat balik SOP diaorang dan adakan pertemuan dengan mereka bagaimana hendak mengatur strategi bisnes mereka. Saya ingat lagi masa saya buat sesi bersama boss syarikat tu dan kesemua jurulatih beliau, soalan pertama saya kepada mereka adalah: “Kenapa orang di luar sana nak hire u all. Apa yang gempak sangat sampai orang nak spend money dengan u all. Masa tu diam jugaklah training room.

Selepas beberapa minit saya terangkan kepada mereka bahawa di dalam bisnes, in order for people to hire you there must be a reason for them to hire you. Dan yang penting apa servis anda yang membezakan anda dengan pesaing-pesaing lain.

Seperti yang biasa saya katakan dalam post saya… satu-satu produk atau servis mestilah:

1. Selesaikan masalah
2. Menambah nilai di atas keperluan pelanggan

Dari situ saya dijemput oleh head trainer (boss syarikat latihan tu) untuk jadi
penceramah jemputan dalam program beliau bersama usahawan. Saya pun OK jer pasal dapatlah cari extra income.

Masa sesi pertama saya buat program Ibrah Bisnes, antara peserta pada masa tu ialah brother Dzul Suhaimi iaitu towkey Supercat.

Selepas sesi tu beliaulah orang yang pertama meminta khidmat saya sebagai penasihat (consultant) dan Alhamdulillah kita sekarang dah macam adik-beradik dah. Beliau juga yang minta saya buat kelas awal pasal dia percaya apa yang saya ajar adalah realiti bisnes dan juga untuk long term growth. Untuk itu, I thank you brother Dzul Suhaimi for believing in me.

Dari situ, kehidupan saya pun mula sibuk, pukul 9 pagi ke 6 petang saya akan kerja di Karangkraf dan malam sehingga larut malam saya akan jumpa klien yang terdiri daripada para usahawan. Hujung minggu biasanya Sabtu saya layan juga tugas consulting hingga tengahari.

Kalau nak kata saya caj klien memang rendah berbanding pengalaman saya tapi saya tak kisah pasal saya seronok tengok orang berjaya. Ada yang kadang-kadang bisnes teruk sangat sampai saya tak sampai hati nak caj mereka sehingga akhirnya mereka tetap nak bayar saya dalam bentuk kuih, biskut atau apa-apa barang yang diniagakan. Isteri saya sampai tanya saya nak buka bisnes makan ke hehehe. Semua jenis klien saya layan dari towkey butik yang besar kepada towkey bundle pun saya layan.

Tapi tak sangka selepas raya tahun lepas saya dilamar oleh pihak gomen pula kerana rupanya kerja-kerja consulting saya selama ini tersebar sampai ke mereka. Memang saya percaya walaupun apa-apa jangan propa terlebih tetapi terus kerja keras dan berikan yang terbaik, tak payah berkira sangat dan Alhamdulillah ini adalah hadiah daripada Tuhan kepada saya.

Daripada satu job gomen yang kecil jadi dua selepas itu tiga.

Akhirnya nak tak nak saya terpaksa ambil keputusan untuk bersara daripada Karangkraf kerana saya sudah berjanji pada diri sendiri kalau job di luar akan beri kesan kerja makan gaji saya, saya akan berhenti. (Kerja tu amanah jadi kalau dah tak boleh fokus, better stop). Jadi tahun lepas, secara rasmi saya bergelar usahawan sepenuh masa balik.

Alhamdulillah dalam masa yang singkat saya telah mengarang 1 buku (bulan depan Insyaallah buku ke 2 pula terbit), melabur dalam beberapa bisnes-bisnes kecil dan pada masa yang sama buat benda yang paling suka iaitu mengajar tentang keusahawanan (online & offline).

Bahagian 1 

Bahagian 2

Bahagian 3

By | 2017-06-19T03:57:21+00:00 June 13th, 2017|Categories: Artikel|Comments Off on Pengalaman Hampir Bankrap (Bahagian Akhir)