Posting Azam 2018

Home/Personal, Tips Bisnes/Posting Azam 2018

Posting Azam 2018

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters

Alhamdulillah tahun 2017 merupakan tahun dimana saya amat bersyukur kerana telah diberikan limpahan rezeki yang tidak terhingga…Aminn

Sebab saya buat posting ini kerana saya pun mula perasan pelbagai posting azam 2018 dah mula nampak kat wall saya. Baguslah kalau ada azam yang positif untuk terus berjaya.

Tetapi disini ingin saya share sikit opinion saya bab berposting2 bisnes secara amnya.

Biasanya bab posting bisnes terbahagi kepada beberapa jenis:
1) Posting nak share tengah buat projek apa
2) Posting nak tunjuk tengah beli harta dari hasil bisnes
3) Posting nak share ilmu….tapi tergantung…nak tahu lagi kenalah…
4) Posting pegang duit…Niii kira dah parah sangat ni.
5) Posting tengah tunjuk tengah bernetworking dengan siapa
(Kalau nak kira ada beberapa lagi jenis posting tapi cukuplah disitu).

Sebenarnya kalau kita lihat posting2 ni apakah motif atau angle nya sebenarnya. Adakah kerana ingin berkongi kegembiraan bersama rakan2 (kalau betul alhamdulillah) atau semata-mata nak mencipta sebuah imej yang bukan realiti sebenarnya.

Bottomline tak salah pun mana-mana jenis posting tapi kenalah ikhlas dan berterus terang kepada diri sendiri. Pasal nak pusing macamanapun kalau tak jujur kepada diri sendiri buat macamanapun ketenangan hidup tak akan dikecapi.

Akhir sekali kalau kita betul-betul lihat usahawan atau businessman yang betul-betul berjaya ….ni bukan golongan yang selalu nak announce satu dunia dia jutawan, tapi mereka yang billionaire tapi cool ajer.

Adakah mereka selalu melakukan posting2 yang telah dinyatakan tadi.

So pikir-pikir kan lah anda adalah usahawan jenis apa?

Finally azam 2018 saya…..sorry tak pernah adapun pasal azam saya tak ikut tahun tapi ikut jangkahayat saya kerana selagi masih dizinkan saya akan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya dan mereka disekeliling saya.

By | 2018-01-04T09:22:40+00:00 January 4th, 2018|Categories: Personal, Tips Bisnes|Comments Off on Posting Azam 2018