Video : Asas Berniaga di Selamat Pagi Malaysia Bersama WNM

Home/Videos/Video : Asas Berniaga di Selamat Pagi Malaysia Bersama WNM

Video : Asas Berniaga di Selamat Pagi Malaysia Bersama WNM

Please follow and like us:

Asas utama berniaga ialah ilmu, dan ilmu pertama kena pandai mengurus duit. Masalah utama ialah ramai orang cari cara nak menjual sahaja dan bukannya asas membangunkan perniagaan.

Apakah isu- isu orang yang baru mula nak berniaga?

  1. Kena MinatSoalan yang biasa dilontarkan : Apa perniagaan yang saya perlu buat? Saya akan tanya kenapa mereka nak berniaga? Kalau nak berniaga boleh tapi kita kena ada semangat dan buat sesuatu yang kita suka. Kebanyakan kita berniaga ikut tema dan trend sebab nak cepat kaya. Jadi bila kita tak paham apa yang kita nak bisnes kan, kita takkan berjaya. Dan bisnes akan tersekat.
  2. Kena Belajar MengiraTermasuk mengira duit yang masuk dan keluar. Kita perlu tahu berapa modal, berapa order produk, berapa jualan yang boleh dibuat, berapa duit nak rolling, apa kos operasi yang terlibat? Bila sales turun naik, duit yang masuk tak sekata . Jadi bila tak ada kecekapan dan ilmu mengira, kita akan buntu tak tahu rolling, tak tahu berapa stok nak order. Bila pengurusan duit tak kemas, bisnes akan sangkut.
  3. Semangat Vs IlmuRamai orang beri semangat tapi tak ramai beri ilmu. Kita kena tahu konsep membelanjakan duit vs. impak yang diberikan. Contoh kita nak buat bunting. Ada orang ajar hasilkan beratus ratus bunting. Tetapi anda sendiri kena faham dan permudahkan kenapa anda perlu bunting tersebut dan berapa bajet anda. (Contoh ada dinyatakan dalam video)

 

 

By | 2017-06-21T14:58:01+00:00 June 21st, 2017|Categories: Videos|Tags: , , , |0 Comments

Leave A Comment