Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP)

Home/Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP)
Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017-05-30T05:28:54+00:00
Setujukah Anda Jika Saya Katakan, Masyarakat Kita Terlalu Digula-gulakan Dengan Fantasi Keindahan Dunia Bisnes Tanpa Mengetahui Realiti Sebenar Dunia Bisnes!

Inilah realiti yang sedang berlaku sekarang. Anda ingat anda sedang melakukan bisnes yang dapat menampung kehidupan anda dan keluarga. Tetapi hakikatnya, anda tidak tahu dan kenal realiti dunia sebenar bisnes.

Banyak program-program usahawan yang dianjurkan hanya membincangkan potensi besar pendapatan yang bakal anda dapat bila anda mula berniaga, kebebasan masa, bebas hutang, melancong ke sana sini, beli kereta besar, rumah besar dan bermacam-macam lagi. Ada juga program yang dianjurkan untuk menaikkan semangat peserta agar sentiasa positif dan bersemangat untuk berbisnes.

Memang bagus, anda nampak peluang dan rasa bersemangat untuk mula buat bisnes. Tapi realitinya, hanya semangat dan nampak peluang sahaja tidak cukup! Anda perlu tahu bagaimana untuk merancang dan menguruskan bisnes dengan cara yang betul jika anda ingin kekal dan terus bertahan di dalam dunia ini.

Kaedah pengajaran berbentuk sebegini sebenarnya tidak mampu menyelesaikan asas utama yang saya selalu menjadi penghalang untuk usahawan untuk terus mengembangkan perniagaan mereka kerana komponen ‘fundamental’ iaitu bagaimana merangka  dan mengimplementasi strategi kewangan tidak dikupas dengan menyeluruh.

Ini Menyebabkan Saya Dan Juga Rakan-rakan Saya Terpanggil Untuk Membantu Anda!

Tetapi untuk pergi dan bantu setiap orang memang di luar kemampuan saya sebagai manusia biasa. Tapi apa yang saya boleh lakukan adalah membantu mereka yang datang berjumpa dengan saya. Saya bantu mereka dengan sebaik mungkin dengan kemampuan dan juga keupayaan serta ilmu yang saya ada.

Alhamdulillah, ramai yang berjaya keluar daripada masalah mereka. Daripada hidup dibelenggu hutang, aliran tunai perniagaan yang tidak jelas, untung rugi yang tidak diketahui, tiada hala tuju yang jelas dalam perniagaan kepada hidup yang lebih baik setelah mereka perbetulkan kesilapan mereka. Melihat mereka berjaya keluar daripada masalah yang meraka hadapi menjadi kepuasan di hati saya.

Perasaan ini memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Benarlah kata orang jika kita bantu orang nescaya tuhan akan permudahkan setiap perkara yang kita lakukan dan menjadikan hati kita tenang menghadapi setiap dugaan yang datang kepada kita.

Bertitik tolak daripada sinilah timbulnya idea untuk saya bantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan di luar sana yang masih lagi dibelenggu masalah dan tidak jumpa jalan keluar. Jadi saya pun mula menghubungi rakan-rakan seperjuangan saya untuk membantu saya merealisasikan hasrat saya ini, melalui Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP).

Seminar ini merupakan program yang memberi penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal. Setiap kandungan dibahagikan kepada elemen strategi dan applikasi ‘real life’ di mana ianya akan disampaikan oleh pengamal-pengamal perniagaan yang sudah melalui pelbagai liku-liku turun naik perniagaan.

Siapa yang patut hadir Ini Bisnes Bukan Propa 2017 (IBBP 2017)?

• Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.

• Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala-tuju.

• Usahawan yang “STUCK” atau berniaga yang cukup-cukup makan.

• Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.

• Usahawan yang ingin “UPGRADE” perniagaan ke tahap yang lebih besar.