Siapa Saya Dan Apa Topik Yang Diajar Dalam Modul 3B

Home/Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes/Siapa Saya Dan Apa Topik Yang Diajar Dalam Modul 3B

Siapa Saya Dan Apa Topik Yang Diajar Dalam Modul 3B

Please follow and like us:

Salam Brothers & Sisters

Pertama sekali biar saya memperkenalkan diri saya, nama Saya Wan Nong Muzafar dan saya merupakan perunding strategi bisnes yang telah telibat didalam dunia keusahawanan dan koporat lebih dari 15tahun. Dari memulakan bisnes IT pertama saya pada 90an sehingga menjawat jawatan terakhir saya sebagai mantan ketua bahagian perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf 4 tahun yang lalu. Pelbagai pengalaman turun naik yang saya lalui sebagai usahawan dimana kisah hidup saya menjadi viral melalui liputan rencana bisnes dilaman Vocket.com
https://www.thevocket.com/wannongmuzafar-hampir-bankrap-be…/

Kini saya merupakan CEO di ILM Legacy Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat konsultansi pembangunan koporat dan keusahawanan yang telah berjaya membantu disamping melahirkan beribu-ribu usahawan yang menjana 5 ke 6 angka jualan setiap bulan di Malaysia. Disamping itu saya juga bertindak sebagai Konsultan untuk merangka modul eUsahawan yang kini telah membantu lebih berpuluh ribu usahawan diseluruh Malaysia untuk memantapkan perniagaan atas talian melalui 4 buku yang telah saya hasilkan iaitu:
– Kuasai Formula Perniagaan Siri 1 hingga 3
– Kuasai Formula Perniagaan.

Memandangkan ilmu bisnes adalah sangat meluas, saya dapati usahawan masih kurang jelas dengan komponen-komponen bisnes kerana terlalu terpengaruh dengan ilmu pemasaran dan jualan. Memang ilmu-ilmu yang telah saya nyatakan adalah penting tetapi ianya merupakan sebahagian sahaja dari ilmu bisnes yang sebenarnya.

Rata-rata usahawan memang hebat bab menjual tetapi berapa ramai yang mampu membangunkan bisnes mereka ketahap yang lebih besar. Alasan yang biasa saya dengar adalah:
– “Sales memang ada tapi duit tak tahu pergi mana”
– “Bisnes saya stuck pasal pasaran padat sangat”

Inilah realiti yang dihadapi oleh usahawan setelah bertahun-tahun berniaga. Oleh itu saya rasakan masalah ini perlu diselesaikan tidak kira bagi yang akan berniaga ataupun telah berniaga bertahun-tahun.

Bagi memastikan usahawan berada kembali pada landasan yang betul agar bisnes mampu mencapai potensi yang paling maksimum saya telah menghasilkan modul Formula 3B (Bisnes Biar Betul) secara online untuk dipelajari dan diapplikasi kepada bisnes anda. Modul ini mengandungi 10 topik berkaitan ilmu bisnes:
1- MINDSET BISNES
2- BAGAIMANA NAK GENERATE IDEA
3- PROSES VALIDATE
4- PRICE AND MARKET SEGMENTATION
5- THE BIG PICTURE ( MISI dan VISI )
6- FINANCIAL STRUCTURE
7- PRODUCT CREATION
8- OPERATIONAL STRUCTURE
9- MARKETING PLAN
10- COST & RETURN

Pendekatan bahasa (Melayu) yang mudah difahami disamping kandungan berbentuk ‘Step by Step’ telah saya hasilkan untuk modul ini agar anda dapat melakukan perancangan dan perubahan yang sepatutnya kepada bisnes anda.

Oleh itu sila dapatkan modul Formula 3B sekarang agar anda dapat merealisasikan potensi sebenar perniagaan anda. Tidak kira anda melakukan jualan produk atau perkhidamatan, modul ini adalah untuk semua jenis bisnes tanpa mengira saiz bisnes tersebut

Sila klik ke pautan dibawah untuk mendapatkan lebih informasi mengenai modul online ini:
http://formulabisnes.wannongmuzafar.com/

atau anda boleh tinggalkan komen “Nak 3B” agar team saya dapat berhubung secara terus dengan anda

IKHLAS

WNM

By | 2017-09-21T05:06:47+00:00 September 18th, 2017|Categories: Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment