Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Peserta

Home/Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Quotes, Tips Bisnes/Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Peserta

Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Peserta

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters

Salam Jumaat semua, alhmadulillah selesai melaksanakan tanggungjawab minggu ini melatih lebih 200 peserta keusahawanan dari pelbagai latar belakang. Kebiasannya sepanjang sessi pembelajaran saya suka kepada mengadakan sessi Q&A kerana saya rasakan cara terbaik mengajar ialah melalui pendekatan real & practical scenario.

Maka disini saya kongsikan antara soalan yang diajukan oleh peserta-peserta program:

Soalan:
Apakah margin yang patut saya beri kepada produk saya bila berniaga ?

Jawapan:
Sebenarnya dalam menentukan margin, cara paling mudah ialah seperti berikut:

1) Bandingkan harga produk yang seakan-akan sama dengan produk anda (direct competitor) dipasaran.

2) Kemudian lakukan pengiraan jumlah kos anda (dari segi kos bahan, kos operasi dan kos komisen) mengikut harga dipasaran dan dapaptkan nilai margin anda (berdasarakan sesuatu anggaran jumlah quantiti terjual – Quantiti jualan janganlah terlalu besar memandangkan anda baru mula berniaga dan produk anda masih belum dikenali)

3) Kenalpasti samada nilai jualan tersebut mampu menampung segala kos perniagaan anda disamping ada lebihan untung (margin anda)

4) Sekiranya nilai adalah positif maka boleh gunakan harga tersebut sebagai ‘indicator’ kepada harga yng patut ditetapkan kepada produk anda.

5) Cuma persoalan sekarang adakah harga yang ditetapkan oleh anda adalah rendah, sama atau lebih tinggi dari pasaran.

6) Sekiranya harga adalah lebih tinggi dari pasaran anda perlulah kenalpasti apakah fakor-faktor yang menjadikan produk anda agak premium berbanding dengan produk pesaing anda.

7) Maka pastikan faktor-faktor USP (Unique Selling Point) anda jelas kepada prospek untuk mempengaruhi mereka untuk membeli produk anda.
8) Sekiranya harga yang ditetapkan adalah rendah pastikan kos bahan dan pembuatan adalah rendah dan masih mampu menghasilkan margin yang diingini.

9) Tetapi janganlah letakkan harga yang rendah semata-mata untuk menjana jualan yang ‘instant’ kerana ianya akan memberi impak yang negatif kepada margin. Lagipun jika harga produk yang diperkenalkan adalah rendah maka agak payah menaikan harga dimasa akan datang.

10) Tetapi jika harga diskaun disebabkan faktor harga pengenalan maka ianya tidak salah cuma perlu nyatakan kepada prospek bahawa harga tersebut untuk masa yang terhad

Harap perkongsian ini membantu pemahaman anda mengenai isu margin. Insayaalah saya akan kongsikan lagi soalan-soalan perniagaan di post-post saya seterusnya atau boleh terus layari webpage (rujuk link dikomen) saya untuk mendapatkan module saya yang terbaru.

#bisnesbiarbetul #sayasukamengajar #wnm

By | 2017-08-18T07:22:30+00:00 August 11th, 2017|Categories: Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Quotes, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment