Tiada Shortcut

Home/Personal, Quotes, Tips Bisnes/Tiada Shortcut

Tiada Shortcut

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters

Topik repeat sikit hari ini.

Baru ni ada bertanya camne saya buat mcm2 bisnes dah laa tu, setiap bisnes lain dari yg sedia ada.

Jawapan yang saya kongsi begini:
1) Pertama sekali kalau ada peluang untuk buat bisnes janganlah takut pasal ilmu tiada kerana peluang dalam perniagaan atau kehidupan bukan selalu datang. So kalau dah ada jangan memilih…grab it…tapi pastikan modal tu ada.

2) Bab modal pulak janganlah menyeksa diri pulak. Pastikan apa yang nak diinvest perlulah dari lebihan simpanan. Kalau tak nanti tak menjadi tenung dinding jawabnya

2) Cuma pastikan anda bersedia untuk belajar overtime mengalahkan budak uni untuk memahami ilmu bisnes yang ingin diceburi. ( Zaman saya dulu internet pun takde so takkan sekarang nak kata ilmu susah nak dapat….information kat internet kan free). Kalau nak berguru ok…tapi jangan pulak tak habis-habis berguru sampai jadi professional student (Degree in mengeteh dan networking)

3) Berbalik bab modal…kalau tak cukup carilah partner (atau partner-partner) yang boleh dipercayai lagipun risk pelaburan dapat dikurangkan.

4) Lagi bagus kalau partner yang dicari ada pengalaman dalam bisnes yang nak diceburi. Tapi kalau dia takde modal apa salahnya kalau kasi dia share sikit dalam bisnes sebagai tradeoff kepada ilmu yang akan dia bawa pada bisnes yang baru tu.

5) Paling utama, buatlah simple kontrak antara anda dan partner sebelum memulakan bisnes tersebut dengan menghuraikan tanggungjawab masing-masing. Dan paling utama jika dia tak dapat deliver ilmu tersebut…bolehlah batalkan partnership tersebut kerana dia tak menepati syarat kontrak.

6) Make sure monitor operasi bisnes tersebut setiap hari dan tetapkan modal maksima yg berani ditabur. Jika pada suatu jangkamasa yang ditetapkan didapati bisnes masih rugi so kenalah tutup ajer bisnes tersebut. Janganlah gali lagi dalam kubor sendiri semata-mata nak try recover modal tadi.

7) Mindset pula jangan emotional sangat pada bisnes tu. Displin kena ada pasal kalau tak susah nak stop kalau tak menjadi. Bak kata omputih…You win some you lose some. Ingatlah sesunggohnga bisnes kan logik dan bukan emosi.

Itulah realiti bisnes. Belajar apa yang patut dulu…step by step. Ni baru start nak berniaga dah nak memecut padahal merangkak pun tak betul lagi.

Finally ingatlah sesungguhnya tiada short cut dalam bisnes. Setiap sesuatu yang diimpikan akan mengambil masa…..kalau tak semua orang dah kaya kan.

#wnm

By | 2018-01-16T07:12:03+00:00 January 16th, 2018|Categories: Personal, Quotes, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment