Usahawan yang ‘take advantage’ dengan usahawan yang lain

Home/Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Quotes, Tips Bisnes/Usahawan yang ‘take advantage’ dengan usahawan yang lain

Usahawan yang ‘take advantage’ dengan usahawan yang lain

Please follow and like us:

Dear brothers & sisters

Minggu ni macam-macam topik saya dok perasan dalam wall fb saya. Saya tertarik pada isu usahawan yang cuba ‘take advantage’ dengan usahawan yang lain….atau kata mudahnya mengebang orang lain demi wang ringgit.

Yang menyebabkan saya rasa agak tak berapa best kerana ianya selalu melibatkan mereka dalam industri khidmat nasihat atau training.

Memandangkan saya juga ada terlibat dalam industri konsultansi dan juga latihan pembangunan usahawan, disini saya nak memberi nasihat kepada para usahawan yang dahagakan ilmu bisnes (terutama yg newbie) agar dapat menilai dengan betul sebelum membelanjakan beribu ringgit semata-mata nak mendapatkan ilmu bisnes yang menjanjikan kekayaan yg tak pasti tu.

Oleh itu cara mudah untuk mengenalpasti samada patutkah anda join sesuatu program adalah seperti berikut:

1) Pastikan tenaga pengajar tersebut mempunyai latar belakang yang sepatutnya dalam mengajar ilmu tersebut. Ceklaa dia buat apa sebelum ni dari segi kerja atau jenis bisnes yang dimiliki. Pastikan bisnes tersebut memang beroperasi dan menjana wang secara stabil. Kalau bisnes ni audited lagi bagus….dalam ertikata lain Sdn Bhd yang beroperasi dengan kemas.

2) Kelayakan dari segi pendidikan dan badan profesional juga boleh membantu anda menilai keupayaan tenaga pengajar tersebut tapi make surelaa bukan kelayakan yang dibeli ye.

3) Tengok pencapaian mereka bukan dari segi berapa ramai anak murid dia ada atau berapa banyak award dia menang (Ini pun boleh dibeli – masa saya zaman koporat pelbagai organizer award offer cuma kena beli meja untuk dinner dan donation sikit), tapi dari segi keupayaannya untuk melatih usahawan yg zero tapi sekarang dah ada bisnes yang stabil. Kalau perlu pergi jer melawat anak murid mereka untuk validate bisnes diaorg.

4) Jika produk latihan yang dioffer mengunakan istilah pelik-pelik dan menunggang agama tu saya sarankan be careful sikit pasal inilah cara mudah nak confusekan anda. Pasal ilmu bisnes ni sebenarnya ‘straight forward’ jer. So tolonglah buat research dulu (gunalah abg google) dan fahami topik yang ingin dipelajari sebelum masuk mana-mana kelas.

5) Kalau kelas tu janjikan bulan dan bintang pada harga tak masuk akal itulah petanda awal yang anda mungkin menghangus duit anda. Kalau kelas yang betul-betul mengajar ilmu bisnes, apa yang dinyatakan adalah topik-topik bisnes (dan kekadang sub topik) yang akan belajar semasa program dan apakah ‘outcome’ yang realistik yang anda akan perolehi selepas melalui kelas tersebut.

6) Dan akhir sekali kalau nak belajar berbisnes biarlah berbisnes…jangan terlalu campor adok dengan bab jiwa dan motivasi. Pasal kelas bisnes sepatutnya bersifat teknikal dan bukan bersifat emosi yang rhetorik dan tidak mampu diukur nilai pulangannya.

Oleh itu ingin saya nak ingatkan pada usahawan.. jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang sentiasa mencari jalan untuk mengeksplotasikan kelemahan para usahawan yang nak kaya cepat.

Perniagaan adalah suatu ‘journey’ yang memakan masa maka anda perlu mempunyai ilmu-ilmu bisnes yang releven untuk bertahan untuk 1 ke 2 thn pertama. Jangan terlalu ghairah nak kaya tapi asas bisnes pun tak paham-paham.

P.S
Kalau susah sangat pakai jer abg google untuk mendapatkan info tentang ilmu bisnes yang dicari….owh lagi satu elak kelas yang banyak up-selling semasa sessi pembelajaran. Pasal nanti masa kelas duk habis kat situ jer. Last-last balik umah satu ilmu pun tak jelas…makin confuse adalaaa.😄😄

By | 2017-11-25T05:50:34+00:00 November 25th, 2017|Categories: Artikel, Bisnes Online, Ceramah Bisnes, Personal, Quotes, Tips Bisnes|0 Comments

Leave A Comment